Apresiasi Sanubari…: Saya Tahu Dia Akan Baca Entry Ini...:)

Dari Sanubari…Merungkai Segala Persepsi Dalam Kehidupan Insani…


Wednesday, June 27, 2012

Saya Tahu Dia Akan Baca Entry Ini...:)


Selain keluarga, rakan-rakan ialah tempat untuk kita berkongsi minat secara umumnya. Seseorang yang bukan terdiri daripada keluarga tetapi kita dampingi untuk berkongsi cita rasa yang pelbagai. Rakan, kawan, teman mahupun sahabat...bagi saya sangat berbeza pengertiannya. Saya ingin menyentuh hanya salah satu darinya...SAHABAT.


Saya percaya setiap daripada kita akan ada sahabat baik yang akrab...tidak kira lelaki ataupun perempuan. Tidak kira seindah mana pun persahabatan itu, saya bersyukur diberikan peluang untuk memiliki seorang sahabat yang sentiasa bersama-sama saya di saat jatuh bangun saya.


Saya mengenalinya sejak kami berada di tingkatan satu. Belajar di sekolah yang sama dan berada di dalam kelas yang sama. Cuma terus- terang saya tidak berapa berkenan dengan seorang budak perempuan yang sangat tinggi dan suka berlari-lari anak di koridor kelas. Mungkin disebabkan karakter saya yang pendiam, suka berdiri di koridor sambil memerhatikan keadaan sekeliling dan karakter-karakter orang lain, membuatkan saya bimbang kalau-kalau budak tinggi yang suka berlari tu terlanggar saya. Setiap kali nampak dia berlari dengan seorang lagi sahabat sekelas...hati selalu terdetik, "Lari laaagiiii...awat laaaaa depa ni suka sangat dok lari tang koridor ni xtau??? Satgi terlanggaq aku macam mana???" Tapi acara sukan tak pulak dia masuk acara balapan! :D Ooooopppsss sorry! Tapi semua tu kalau teringat balik memang boleh membuatkan saya tersenyum seorang diri. Lama-kelamaan tengok karakter dia yang lawak tahap tak ketahuan tu memang dari jauh pun kita boleh tergelak sendirian.


Semakin hari semakin baik, semakin rapat. Kalau tengah bersedih, carilah dia...memang tak kan jadi sedih. Asyik gelak ja. Itulah dia sahabat baik saya. :) Tak perlu saya nyatakan namanya sebab saya tahu dia faham siapa yang saya maksudkan. :D Dalam kuat berjenaka, karakternya pelbagai. Ada masanya diam (tapi selalunya tak sampai 5 minit pun!), ada masanya bercakap tak berhenti-henti (sebab dia akan bosan kalau tak bercakap), ada masanya pula sayu tak tentu pasal (sebab dia tak suka cuaca petang, boleh buat dia sayu katanya. Ermmm...entah? Hahaha...). Ada masanya garang! Berleter pun boleh tahan kuat jugak (sebab tu saya suka mengusik dengan memanggilnya "Opah". :D


Tapi dalam masa yang sama dia sangat lurus. Sampai sekarang kami sama-sama masih ingat peristiwa lawak yang berlaku sewaktu kami tingkatan 5. :D Gara-gara matapelajaran Pendidikan Syariah Islam! Ada kerja sekolah yang perlu disiapkan dan dibawa ke sekolah pada keesokkan harinya. Sudah menjadi kebiasaan, balik saja dari sekolah, mesti kami telefon sesama sendiri, walaupun dah jumpa di sekolah. Konon-kononnya untuk update kerja sekolah yang perlu dibuat. Update-lah sangat kan? :p Dia tanya saya, "Homework PSI soalan no 5 kena buat jugak ka??" Saya jawab dalam nada gurauan, "Dak aih, p buat semua soalan..." Saya ingatkan dia faham gurauan saya, tapi keesokkan harinya dia datang dengan bangganya sambil kata,


"PSI aku dah siaaaappppp!"


"Nak tengok?" Pinta saya. Dia pun hulurkan buku.


"Awat hang buat soalan no 5? Ustazah tak suruh buat pun."


"Semalam hang kata buat semua?"


Terkejut pun ada, rasa bersalah pun ada, rupa-rupanya dia lurussssssss laaaaaa...:p hahaha...lepas saya explain, dia kata, "Maaanaaaa laaaaaa aku tau. Dah hang kata buat semua aku buat semua laaaaaa." Sampai sekarang kalau teringat peristiwa tu, kami akan gelak. Dan dia memang tak puas hati sebab dia kata dia dimainkan oleh budak kurus macam saya! Hahaha!!! Tapi jujur, saya tak berniat pun nak main-mainkan dia, gurau jaaa...:p


Satu lagi kan, saya tak boleh lupa peristiwa sewaktu tingkatan 2, dia sesat nak balik ke rumah sendiri gara-gara bas awam berhenti di bus stand yang lain dari kebiasaannya. Macam-macam pengalaman lucu sahabat saya ni.


"Hidayah, hang tau dak tadi aku sesat!"


"Hang p mana sampai sesat??? Tu la orang dok kata jangan pi mana-mana, balik rumah!"


"Nih, hang dengaq sini...Aku sesat nak balik rumah la kuruih oi!"


"Erk, hang lupa rumah hang yang mana ka???"


"Dak, rumah aku yang mana tu aku ingat la. Masalahnya tadi, aku cari jalan nak pi ke flat rumah aku tu tak jumpa. Aku nampak la flat tu, taaapiii bas tu stop kat tempat lain. Mana aku tau nak cari? Nasib baik jumpa!"


Adoiii...macam tu pun boleh....:D budak lagi kan masa tu. Tahun ni adalah tahun yang ke-20 kami bersahabat. And she's still the best! Tak ada manusia yang sanggup bersusah-payah untuk saya dan keluarga saya walaupun secara mata kasarnya dia hanyalah seorang sahabat. Tapi dia lebih dari itu untuk saya dan keluarga. Umpama ahli keluarga sendiri. Dia sentiasa ada di waktu susah dan senang saya, di waktu gelak dan tawa saya, sampaikan karakter lelaki idaman saya pun hanya dia yang tahu selain mama saya...:) Atas segala fitnah dan tohmahan yang saya lalui, selain Allah S.W.T dan keluarga...dia jugalah yang tahu apa yang benar dan apa yang tidak di sebalik semuanya kerana dia selalu ada dengan saya.


Untuk dia, tulisan ni tak mampu mengumpul setiap perjalanan persahabatan ni. Tapi saya sangat-sangat berterima kasih pada Allah S.W.T. atas persahabatan ni. Dah ramai yang datang dan pergi but you stay. Sewaktu orang membuat pelbagai tohmahan, but u are still here for me. Hopefully persahabatan ni akan terus kekal sampai bila-bila. Dan saya akan terus memberikan sebiji buah epal hijau setiap kali dia bersedih. Sebab saya tahu dia akan ketawa apabila tengok buah epal hijau tu di tangan saya. Saya sayang sahabat baik saya. Sahabat baik dunia akhirat. Saya tahu dia akan baca entry ini...:)







2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...