Apresiasi Sanubari…: Sahabat, Kekasih & Teman...

Dari Sanubari…Merungkai Segala Persepsi Dalam Kehidupan Insani…


Thursday, October 3, 2013

Sahabat, Kekasih & Teman...




Saya mengambil masa yang agak lama untuk menulis kali ni. Hmmm...berbulan-bulan lamanya. Banyak pemerhatian yang saya lakukan. Ternyata banyak yang saya pelajari. Cuma saya tidak mahu menulis terlalu jauh, cukup sekadar yang ada..:)


Sahabat...

Kita semua hanyalah manusia biasa. Kehidupan kita dikelilingi individu-individu yang bergelar sahabat. Saya suka berkawan...apatah lagi bersahabat. Baik lelaki mahupun perempuan, selagi tidak menimbulkan masalah...saya akan menerima persahabatan tu dengan besar hati. Sekadar berkawan, apalah salahnya kita meramaikan kawan...Dalam kita berkawan, banyak yang kita akan nampak. Ada yang bertukar menjadi sahabat, ada yang kekal sekadar kawan...tak kurang juga yang datang dan pergi bagai angin lalu. Itu putarannya dan kita harus redha. 


Kekasih...

Hati manusia baik lelaki mahupun perempuan tidak sama. Ada yang mudah jatuh cinta, tak kurang juga yang bimbang untuk mengatakan "ya". Dalam berkawan mahupun bersahabat, ada masanya kita diajukan soalan-soalan yang tidak mudah ditepis. Namun, dari dulu hinggalah sekarang...saya rasa setiap kali saya diajukan soalan-soalan 'sukar', saya akan berterus-terang. Saya tak mampu untuk menyatakan "ya" pada perkara yang hati saya nafikan. Saya tidak pernah menolak dengan kasar dan masih mampu menjadi kawan. Saya suka berkawan ibarat keluarga. Jujur saya katakan sejak 2005 hinggalah sekarang, saya belum tempatkan sesiapa dalam hati saya. Semua hanyalah kawan dan sahabat. Ya, betul ada yang saya sayang tapi sayang sekadar kawan. Dan saya tahu mereka faham siapa saya. Setiap perkara yang berlaku itu bersebab, dalam berkawan kita memerhati, kita berfikir tapi tak semua mampu kita huraikan. Sama ada kita menerima atau menolak, semuanya bersebab.


Teman...

Teman bagi saya ialah 'best friend'. Tidak mudah mencari teman, tak mudah juga menjadi teman. Bukan hanya di waktu suka tapi juga duka. Ada pada setiap masa walaupun jauh. Saya bersyukur saya mempunyai teman yang sebegitu. Moga keluarga kami akan terus menjadi teman akrab sampai bila-bila. Dan moga anak-anak kami akan akrab sebagaimana kami bersahabat baik. Amiiin :)


---


Apabila niat saya disalahertikan berulang-ulangkali, saya jadi letih lantas mula berdiam diri. Saya diamkan saja semuanya sebab saya tahu itu yang terbaik...supaya penilaian itu lebih matang. Saya sendiri tidak sempurna, ada masanya saya tetap cuba untuk menerima namun jika tidak mampu, saya tak boleh menipu. Saya suka berkawan. Tapi ada batasnya. 


2 comments:

  1. Cari sahabat seramai mungkin...cari kekasih kekal sampai jinjang pelamin..punyai teman biar hingga hujung nyawa...teman adalah susah dan senang ada bersama...

    ReplyDelete
  2. Selami semua hati insan yang ingin berdamping denganmu...tak kira sahabat...kekasih mahupun teman...kerna semua itu bisa membuat kamu tahu yg terbaik untuk diri kamu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...