Apresiasi Sanubari…

Dari Sanubari…Merungkai Segala Persepsi Dalam Kehidupan Insani…


Sunday, January 17, 2021

A Simple Quote





"A Single Arrow Is Easily Broken, But Not Ten In A Bundle" 
- Japanese Proverb -



Saturday, January 16, 2021

Nota Kepada Diri


Assalamualaikum...hello...:) Dah bertahun-tahun tak jenguk blog ni. Mood untuk menulis pun macam chipsmore juga kadang-kadang tu. Kejap ada, kejap hilang. Sudah beberapa hari jugalah terasa nak login blog ni. Dah login, terasa nak menulis pula. Secara positifnya bagus jugalah, sekurang-kurangnya boleh saya kemaskini blog ni :).


Saya teringat sesuatu yang pernah saya baca beberapa tahun lepas. Lupa pula hasil nukilan siapa. Itupun setelah diberitahu oleh sahabat saya bahawa beliau suka akan salah satu ayat yang terdapat dalam nukilan tu. Saya tak dapat mengingati keseluruhan nukilan tapi setelah membacanya, menjadikan saya juga sangat-sangat mengingati dan suka akan ayat tersebut yang berbunyi..."Jangan guris perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah...yang redha dengan ketentuan Allah."


Bunyinya ringkas tetapi besar maksudnya. Banyak yang boleh kita kaitkan. Cuma bagi saya, terasnya hanya satu. Walau apapun caranya, berpijaklah hanya pada satu niat. Kalau bertanya, biarlah dengan niat untuk tahu dan benar-benar concern. Bukan dengan niat untuk menyindir. Itu hanya contoh. :)

Menyentuh soal niat, kita hanyalah manusia biasa. Berpijak di bumi yang nyata adakalanya menyakitkan tetapi kesakitan itulah hakikat. Namun itu bukanlah alasan untuk kita mengada-adakan sesuatu yang tiada, semata-mata mengelakkan keperitan. Bukan juga alasan untuk kita memutarbelitkan fakta semata-mata mahu dipandang bagus atau ingin menimbulkan kebencian seseorang terhadap orang lain.


Jangan lupa dua perkara: pertama, Allah SWT sedang melihat. Kedua, kalau kita merasakan diri licik dan bijak, masih ramai yang lebih licik dan bijak daripada kita. Kesimpulannya, jujurlah dan bercakap benar. Okay? Tak susah pun untuk bercakap benar. Mencari idea untuk menipu atau mengenakan orang lain itu lebih susah rasanya. Kan? :)


Tiada yang lebih besar kuasanya selain DIA. Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Jadi, beringatlah. Ujian-NYA dihadirkan dalam pelbagai cara. Setiap sesuatu di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak sahaja. Bukan dalam bentuk kesedihan semata-mata. Kegembiraan itu juga sebahagian daripada ujian-NYA untuk melihat sejauh mana kita masih mengingati-NYA. Adakah kita masih ingat untuk bersyukur kerana diberikan kegembiraan itu?


Kita juga ujian kepada diri kita sendiri. Bagaimana? Fikiran, hati dan tingkah laku. Bukankah musuh terbesar kita adalah diri sendiri?



Thursday, October 3, 2013

Sahabat, Kekasih & Teman...




Saya mengambil masa yang agak lama untuk menulis kali ni. Hmmm...berbulan-bulan lamanya. Banyak pemerhatian yang saya lakukan. Ternyata banyak yang saya pelajari. Cuma saya tidak mahu menulis terlalu jauh, cukup sekadar yang ada..:)


Sahabat...

Kita semua hanyalah manusia biasa. Kehidupan kita dikelilingi individu-individu yang bergelar sahabat. Saya suka berkawan...apatah lagi bersahabat. Baik lelaki mahupun perempuan, selagi tidak menimbulkan masalah...saya akan menerima persahabatan tu dengan besar hati. Sekadar berkawan, apalah salahnya kita meramaikan kawan...Dalam kita berkawan, banyak yang kita akan nampak. Ada yang bertukar menjadi sahabat, ada yang kekal sekadar kawan...tak kurang juga yang datang dan pergi bagai angin lalu. Itu putarannya dan kita harus redha. 


Kekasih...

Hati manusia baik lelaki mahupun perempuan tidak sama. Ada yang mudah jatuh cinta, tak kurang juga yang bimbang untuk mengatakan "ya". Dalam berkawan mahupun bersahabat, ada masanya kita diajukan soalan-soalan yang tidak mudah ditepis. Namun, dari dulu hinggalah sekarang...saya rasa setiap kali saya diajukan soalan-soalan 'sukar', saya akan berterus-terang. Saya tak mampu untuk menyatakan "ya" pada perkara yang hati saya nafikan. Saya tidak pernah menolak dengan kasar dan masih mampu menjadi kawan. Saya suka berkawan ibarat keluarga. Jujur saya katakan sejak 2005 hinggalah sekarang, saya belum tempatkan sesiapa dalam hati saya. Semua hanyalah kawan dan sahabat. Ya, betul ada yang saya sayang tapi sayang sekadar kawan. Dan saya tahu mereka faham siapa saya. Setiap perkara yang berlaku itu bersebab, dalam berkawan kita memerhati, kita berfikir tapi tak semua mampu kita huraikan. Sama ada kita menerima atau menolak, semuanya bersebab.


Teman...

Teman bagi saya ialah 'best friend'. Tidak mudah mencari teman, tak mudah juga menjadi teman. Bukan hanya di waktu suka tapi juga duka. Ada pada setiap masa walaupun jauh. Saya bersyukur saya mempunyai teman yang sebegitu. Moga keluarga kami akan terus menjadi teman akrab sampai bila-bila. Dan moga anak-anak kami akan akrab sebagaimana kami bersahabat baik. Amiiin :)


---


Apabila niat saya disalahertikan berulang-ulangkali, saya jadi letih lantas mula berdiam diri. Saya diamkan saja semuanya sebab saya tahu itu yang terbaik...supaya penilaian itu lebih matang. Saya sendiri tidak sempurna, ada masanya saya tetap cuba untuk menerima namun jika tidak mampu, saya tak boleh menipu. Saya suka berkawan. Tapi ada batasnya. 


Wednesday, June 27, 2012

Saya Tahu Dia Akan Baca Entry Ini...:)


Selain keluarga, rakan-rakan ialah tempat untuk kita berkongsi minat secara umumnya. Seseorang yang bukan terdiri daripada keluarga tetapi kita dampingi untuk berkongsi cita rasa yang pelbagai. Rakan, kawan, teman mahupun sahabat...bagi saya sangat berbeza pengertiannya. Saya ingin menyentuh hanya salah satu darinya...SAHABAT.


Saya percaya setiap daripada kita akan ada sahabat baik yang akrab...tidak kira lelaki ataupun perempuan. Tidak kira seindah mana pun persahabatan itu, saya bersyukur diberikan peluang untuk memiliki seorang sahabat yang sentiasa bersama-sama saya di saat jatuh bangun saya.


Saya mengenalinya sejak kami berada di tingkatan satu. Belajar di sekolah yang sama dan berada di dalam kelas yang sama. Cuma terus- terang saya tidak berapa berkenan dengan seorang budak perempuan yang sangat tinggi dan suka berlari-lari anak di koridor kelas. Mungkin disebabkan karakter saya yang pendiam, suka berdiri di koridor sambil memerhatikan keadaan sekeliling dan karakter-karakter orang lain, membuatkan saya bimbang kalau-kalau budak tinggi yang suka berlari tu terlanggar saya. Setiap kali nampak dia berlari dengan seorang lagi sahabat sekelas...hati selalu terdetik, "Lari laaagiiii...awat laaaaa depa ni suka sangat dok lari tang koridor ni xtau??? Satgi terlanggaq aku macam mana???" Tapi acara sukan tak pulak dia masuk acara balapan! :D Ooooopppsss sorry! Tapi semua tu kalau teringat balik memang boleh membuatkan saya tersenyum seorang diri. Lama-kelamaan tengok karakter dia yang lawak tahap tak ketahuan tu memang dari jauh pun kita boleh tergelak sendirian.


Semakin hari semakin baik, semakin rapat. Kalau tengah bersedih, carilah dia...memang tak kan jadi sedih. Asyik gelak ja. Itulah dia sahabat baik saya. :) Tak perlu saya nyatakan namanya sebab saya tahu dia faham siapa yang saya maksudkan. :D Dalam kuat berjenaka, karakternya pelbagai. Ada masanya diam (tapi selalunya tak sampai 5 minit pun!), ada masanya bercakap tak berhenti-henti (sebab dia akan bosan kalau tak bercakap), ada masanya pula sayu tak tentu pasal (sebab dia tak suka cuaca petang, boleh buat dia sayu katanya. Ermmm...entah? Hahaha...). Ada masanya garang! Berleter pun boleh tahan kuat jugak (sebab tu saya suka mengusik dengan memanggilnya "Opah". :D


Tapi dalam masa yang sama dia sangat lurus. Sampai sekarang kami sama-sama masih ingat peristiwa lawak yang berlaku sewaktu kami tingkatan 5. :D Gara-gara matapelajaran Pendidikan Syariah Islam! Ada kerja sekolah yang perlu disiapkan dan dibawa ke sekolah pada keesokkan harinya. Sudah menjadi kebiasaan, balik saja dari sekolah, mesti kami telefon sesama sendiri, walaupun dah jumpa di sekolah. Konon-kononnya untuk update kerja sekolah yang perlu dibuat. Update-lah sangat kan? :p Dia tanya saya, "Homework PSI soalan no 5 kena buat jugak ka??" Saya jawab dalam nada gurauan, "Dak aih, p buat semua soalan..." Saya ingatkan dia faham gurauan saya, tapi keesokkan harinya dia datang dengan bangganya sambil kata,


"PSI aku dah siaaaappppp!"


"Nak tengok?" Pinta saya. Dia pun hulurkan buku.


"Awat hang buat soalan no 5? Ustazah tak suruh buat pun."


"Semalam hang kata buat semua?"


Terkejut pun ada, rasa bersalah pun ada, rupa-rupanya dia lurussssssss laaaaaa...:p hahaha...lepas saya explain, dia kata, "Maaanaaaa laaaaaa aku tau. Dah hang kata buat semua aku buat semua laaaaaa." Sampai sekarang kalau teringat peristiwa tu, kami akan gelak. Dan dia memang tak puas hati sebab dia kata dia dimainkan oleh budak kurus macam saya! Hahaha!!! Tapi jujur, saya tak berniat pun nak main-mainkan dia, gurau jaaa...:p


Satu lagi kan, saya tak boleh lupa peristiwa sewaktu tingkatan 2, dia sesat nak balik ke rumah sendiri gara-gara bas awam berhenti di bus stand yang lain dari kebiasaannya. Macam-macam pengalaman lucu sahabat saya ni.


"Hidayah, hang tau dak tadi aku sesat!"


"Hang p mana sampai sesat??? Tu la orang dok kata jangan pi mana-mana, balik rumah!"


"Nih, hang dengaq sini...Aku sesat nak balik rumah la kuruih oi!"


"Erk, hang lupa rumah hang yang mana ka???"


"Dak, rumah aku yang mana tu aku ingat la. Masalahnya tadi, aku cari jalan nak pi ke flat rumah aku tu tak jumpa. Aku nampak la flat tu, taaapiii bas tu stop kat tempat lain. Mana aku tau nak cari? Nasib baik jumpa!"


Adoiii...macam tu pun boleh....:D budak lagi kan masa tu. Tahun ni adalah tahun yang ke-20 kami bersahabat. And she's still the best! Tak ada manusia yang sanggup bersusah-payah untuk saya dan keluarga saya walaupun secara mata kasarnya dia hanyalah seorang sahabat. Tapi dia lebih dari itu untuk saya dan keluarga. Umpama ahli keluarga sendiri. Dia sentiasa ada di waktu susah dan senang saya, di waktu gelak dan tawa saya, sampaikan karakter lelaki idaman saya pun hanya dia yang tahu selain mama saya...:) Atas segala fitnah dan tohmahan yang saya lalui, selain Allah S.W.T dan keluarga...dia jugalah yang tahu apa yang benar dan apa yang tidak di sebalik semuanya kerana dia selalu ada dengan saya.


Untuk dia, tulisan ni tak mampu mengumpul setiap perjalanan persahabatan ni. Tapi saya sangat-sangat berterima kasih pada Allah S.W.T. atas persahabatan ni. Dah ramai yang datang dan pergi but you stay. Sewaktu orang membuat pelbagai tohmahan, but u are still here for me. Hopefully persahabatan ni akan terus kekal sampai bila-bila. Dan saya akan terus memberikan sebiji buah epal hijau setiap kali dia bersedih. Sebab saya tahu dia akan ketawa apabila tengok buah epal hijau tu di tangan saya. Saya sayang sahabat baik saya. Sahabat baik dunia akhirat. Saya tahu dia akan baca entry ini...:)







Tuesday, June 26, 2012

Rindunya kat Izzara Aisyah...

Rindunya kat Izzara Aisyah! Last time ke kl pun jumpa kejap sangat. Dahi benjol dan lebam gara-gara teruja sangat tengok kartun Upin Ipin. Nampak ja Achik Wan dia ni terus buat muka sedih. Konon-kononnya minta simpati la tu. Tapi sekarang dah ok. Dah aktif balik. Izzara, mana nak duduk diam. Ada ja aktiviti dia! Tapi yang bagusnya dia tak ganggu orang. Pasang ja vcd Upin Ipin, terus concentrate mengalahkan orang dewasa tengok berita! :D



Cakkk!!! Waktu mula-mula belajar berjalan, ni la first class seat Izzara setiap kali tengok tv.


Tapi sekarang ni tengok....


Tadaaaaaaaaa...:p


Izzara suka tengok tv3...terutamanya Buletin Utama (sebab dia suka tengok montaj berita). Terangguk-angguk setiap kali tengok tv. Mungkin sebab dia rasa semua orang kat tv tu bercakap dengan dia.


Ada masa papa Izzara akan bawak Izzara tengok tennis tournament. Izzara ada sepupu yang kerap masuk tennis tournament, jadi kerap jugak la Izzara pun akan 'menyebuk' kat situ. :p Izzara pun macam suka ja dengan tennis ni. :)




Belajar-belajar pegang racket




Ok, dah boleh angkat dan pegang sendiri (walaupun terbalik!) :D




Yes! Saya berjaya! :p


Saya suka perhatikan gelagat Izzara. Kalau nakkan apa-apa dia akan usaha sampai boleh. Apa-apapun semoga Izzara membesar sebagai seorang anak yang berjaya di dunia dan akhirat serta terus menjadi penghibur hati semua orang. Terutamanya hati mummy dan papanya. Achik Wan saaaaaaayaaaaanggggggg Izzara sangat-sangat! Izzara ooooooo Izzara...:)



Thursday, October 28, 2010

Syukur...






Hari yang cukup dingin! Banyak yang perlu dilakukan hari ni hasil kesinambungan aktiviti semalam. Tapi yang nyata, saya suka dengan setiap perkara yang saya lakukan untuk beberapa hari kebelakangan ini kerana saya melakukan hanya yang saya suka! :) Setelah mengambil masa hampir suku hari, akhirnya langkah pertama telahpun selesai...Alhamdulillah...Biar orang memandang saya hanya dengan sebelah mata, semata-mata saya seorang perempuan...tidak pula saya ambil peduli...:) teruslah memandang saya begitu kerana itu sebenarnya semakin menjana semangat saya...Syukur Alhamdulillah kepada-NYA kerana terus menguatkan hati saya.


Telah lama saya cuba menjadi yang terbaik untuk insan-insan di sekeliling saya. Sama ada mereka tahu atau tidak, itu soal kedua. Bukanlah satu isu yang penting buat saya kerana saya melakukannya seikhlas hati. Dan...kini sudah tiba masanya saya cuba menjadi yang terbaik untuk diri saya sendiri pula. Melakukan sesuatu yang lebih bermakna untuk keluarga saya bernaung, dengan izin dari-NYA. Ini yang saya pilih, ini yang saya mahukan jadi saya akan terus berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-NYA.


p/s: Tiba-tiba saya terfikir, alangkah baiknya kalau saya ada 'pendamping' nyata yang semangatnya seiring dengan saya. Saya tidak sepandai mana, tapi tidak salah kita mencuba. Lakukan sesuatu apabila sudah ditunjuk jalannya. Kita akan lebih menyesal apabila kita gementar untuk mencuba. Yang nyata, masa semakin berlalu...sampai bilakah kita hendak menunggu..? Hasil pengalaman, kesimpulannya tetap menjurus kepada satu pangkal, cinta dan cita-cita harus seiring...itu pendapat saya..



Friday, October 22, 2010

Matahari

Hari ni setiap detik terasa terlalu lambat berlalu...dari semalam lagi hati sangat berat, susah betul nak melelapkan mata dan kalaulah diberi pilihan mahu saja terus melangkau hari...tapi aku yakin bahawa Allah takkan menguji di luar kemampuan hamba-NYA...dan rasanya, setiap manusia tahu dan kenal akan kemampuan diri masing-masing. Cuma janganlah pula kita terlalu mendabik dada dengan merasakan yang kita sudah cukup kental kerana sekuat manapun seseorang itu, kita tetap ada kelemahan yang tidak kita nampak...Harus ingat itu!


Pagi-pagi lagi aku sudah bangun dan bersiap, tanpa sebarang rasa...kosong! Cuma berkali-kali mengingatkan diri, bersyukurlah kerana masih diuji oleh-NYA...lalu hati menjadi tenang...:) Tertunggu-tunggu siapa yang sudi menemani pada hari ni...Siapa yang akan ada denganku sebagaimana aku sentiasa ada pada bila-bila masa? Namun, cepat kutersedar...untuk apa mengharap? Siapa pula yang tahu? Selama ini pun sendirian jua...Lantas, kubuang semua harapan itu...


Menyelesaikan kerja seawal mungkin, terus saja pulang ke rumah...bercakap telefon dengan kakak yang aku sayang sehinggalah tiba di rumah...terus saja menghadap komputer riba, seperti kebiasaannya...Terpaku dan tergamam melihat sesuatu yang dihantar oleh adik angkat kesayanganku...instinct kami sangat kuat, dan ternyata masih seperti dulu...tanpa perlu beritahu, dia sentiasa tahu setiap kelainan yang ada padaku walaupun pada jarak yang sangat jauh! Walaupun muda, daripadanya, kubelajar sesuatu hari ni, seorang sahabat tidak perlu berada dekat atau tahu terlalu dalam...jika benar-benar ikhlas dan jujur, kita akan kenal hati budi seseorang yang lain dan memahami setiap yang berada dalam dirinya...maka setiap kelainannya akan dapat kita rasai...adik, tq so much!


Ada lagi yang sentiasa tahu setiap perubahanku, walaupun tanpa perlu diberitahu...sahabat baikku...sebut saja bila, dia sentiasa buat aku ketawa...ada aktiviti yang kami lakukan bersama-sama petang tadi...sesuatu yang sangat-sangat jarang kulakukan! JOGING!! Sambil-sambil berjoging, banyak juga 'hasil tinjauan' kami...:)) Shahnaz, nanti kita jog lagi tapi aku jalan ja k???


Hari ni sudah semakin sampai ke penghujungnya, Alhamdulillah...berjaya jua! Walau dalam hatiku hanya DIA yang tahu apa yang kurasakan...dan hati rindukan seseorang yang sentiasa bersama-sama menemani setiap suka duka suatu waktu dulu...Moga kan kembali menemani...Terima kasih semua...Moga 'matahari' bersinar semula...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...