Apresiasi Sanubari…: Itulah Kehidupan...

Dari Sanubari…Merungkai Segala Persepsi Dalam Kehidupan Insani…


Friday, October 22, 2010

Itulah Kehidupan...



Kata orang hidup bagaikan putaran roda. Tidak selamanya indah...tidak sentiasa cerah...tidak juga selalu tenang. Ada jatuh bangunnya, dan onak duri yang perlu kita hadapi...Laluan kita tidak semuanya lurus. Sesekali tersadung jua! Jatuh! Sama ada terus duduk menangis, meraung dan menanti adanya seseorang untuk mengangkat kita semula atau menangis, menyapu luka dan berfikir bagaimana untuk berjalan semula, itu pilihan yang terletak di tangan kita...Percaya atau tidak, setiap onak duri itu ada hikmah-NYA...dan kita harus yakin akan setiap ketentuan-NYA...Setiap daripada kita tak mungkin sama perjalanannya...hanya mungkin seakan sama...yang pasti cara menanganinya berbeza...Apa yang mampu kita lakukan adalah memaksimumkan penggunaan akal kurniaan Ilahi kepada hamba-NYA dan meminimumkan peranan emosi...di sinilah pentingnya insan-insan terdekat dengan hati kita...seseorang yang sentiasa 'dekat' pernah berkata, "bercakap memang mudah tapi berapa ramai yang boleh menghulurkan tangan untuk menarik dan terus menarik tanpa jemu..?" Kata-kata itu membuatkan aku terfikir sesuatu yang biar terus disimpan...dan begitu juga hati sentiasa mengharapkan mereka mampu bersamaku sebagaimana aku sentiasa bersama mereka di kala susah dan senang mereka...insan yang benar ikhlas dan jujur bersahabat akan tahu kelainan kita biarpun sekadar mendengar suara...akan dapat mengesan bila waktunya kita benar-benar gembira, bila masanya kita dirundung duka atau buat-buat gembira...istilahnya sering digunapakai, kawan...rakan...sahabat dan teman...namun berbeza pengertiannya. Pernahkah kita terfikir di kedudukan manakah kita..?





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...