Kebelakangan ini setiap pelusuk hatiku benar-benar sarat. Terasa bagaikan sudah tidak mampu aku pujuk agar terus mendiamkan diri. Mungkin kerana aku sudah penat...benar-benar penat! Aku juga manusia biasa, kesabaranku ada hadnya. Jangan keterlaluan apabila aku sudah cukup memberikan ruang untuk mereka berkata-kata...Aku dapat merasakan diamku semakin menjadikan seseorang itu melampaui batas kesabaranku...Tapi mereka mungkin terlupa akan satu perkara...Keadilan Tuhan Yang Maha Kuasa!
Sampai bilakah segala tindakan mampu ditutupi oleh mereka? Seseorang itu mungkin mampu menguasai atau menghancurkan kegembiraan orang lain, tapi adakah mereka mampu melawan keadilan Tuhan? Itu peringatan yang tidak seharusnya kita lupakan. Teruslah memfitnah namun ingatlah dosa memfitnah itu lebih besar daripada membunuh. Sampai di satu masa hatiku digerakkan Tuhan untuk keluar daripada diamku, pasti akan aku lakukan...dan di waktu itu, aku tidak mahu lagi ada yang berasa kesal kerana waktu yang kuberikan untuk menilai diriku sudah terlalu lama...hidup ini hanyalah sementara, kehidupan itu hanyalah satu pinjaman...maka, untuk apa kita terus berdusta?
Jujurlah pada kehidupan anda! Kerana sehandal mana sekalipun kita memainkan peranan kita, kita takkan mampu berdusta pada diri sendiri...di kemudian hari, segala dusta yang kita lakukan ke atas orang lain, pasti akan menghantui diri sendiri...
Bertenanglah menghadapi segalanya,walaupun sukar untuk kita lakukannya bersendirian.Berserahlah pada yang maha esa,hanya dia saja yang mampu membantu diri kita dikala kesusahan dan kepayahan..Amin...
ReplyDeleteTQ so much! Be good to others and Insya-Allah, DIA akan sentiasa bersama hamba-NYA...Amiiin...
ReplyDelete