Apresiasi Sanubari…: January 2021

Dari Sanubari…Merungkai Segala Persepsi Dalam Kehidupan Insani…


Sunday, January 17, 2021

A Simple Quote





"A Single Arrow Is Easily Broken, But Not Ten In A Bundle" 
- Japanese Proverb -



Saturday, January 16, 2021

Nota Kepada Diri


Assalamualaikum...hello...:) Dah bertahun-tahun tak jenguk blog ni. Mood untuk menulis pun macam chipsmore juga kadang-kadang tu. Kejap ada, kejap hilang. Sudah beberapa hari jugalah terasa nak login blog ni. Dah login, terasa nak menulis pula. Secara positifnya bagus jugalah, sekurang-kurangnya boleh saya kemaskini blog ni :).


Saya teringat sesuatu yang pernah saya baca beberapa tahun lepas. Lupa pula hasil nukilan siapa. Itupun setelah diberitahu oleh sahabat saya bahawa beliau suka akan salah satu ayat yang terdapat dalam nukilan tu. Saya tak dapat mengingati keseluruhan nukilan tapi setelah membacanya, menjadikan saya juga sangat-sangat mengingati dan suka akan ayat tersebut yang berbunyi..."Jangan guris perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah...yang redha dengan ketentuan Allah."


Bunyinya ringkas tetapi besar maksudnya. Banyak yang boleh kita kaitkan. Cuma bagi saya, terasnya hanya satu. Walau apapun caranya, berpijaklah hanya pada satu niat. Kalau bertanya, biarlah dengan niat untuk tahu dan benar-benar concern. Bukan dengan niat untuk menyindir. Itu hanya contoh. :)

Menyentuh soal niat, kita hanyalah manusia biasa. Berpijak di bumi yang nyata adakalanya menyakitkan tetapi kesakitan itulah hakikat. Namun itu bukanlah alasan untuk kita mengada-adakan sesuatu yang tiada, semata-mata mengelakkan keperitan. Bukan juga alasan untuk kita memutarbelitkan fakta semata-mata mahu dipandang bagus atau ingin menimbulkan kebencian seseorang terhadap orang lain.


Jangan lupa dua perkara: pertama, Allah SWT sedang melihat. Kedua, kalau kita merasakan diri licik dan bijak, masih ramai yang lebih licik dan bijak daripada kita. Kesimpulannya, jujurlah dan bercakap benar. Okay? Tak susah pun untuk bercakap benar. Mencari idea untuk menipu atau mengenakan orang lain itu lebih susah rasanya. Kan? :)


Tiada yang lebih besar kuasanya selain DIA. Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Jadi, beringatlah. Ujian-NYA dihadirkan dalam pelbagai cara. Setiap sesuatu di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak sahaja. Bukan dalam bentuk kesedihan semata-mata. Kegembiraan itu juga sebahagian daripada ujian-NYA untuk melihat sejauh mana kita masih mengingati-NYA. Adakah kita masih ingat untuk bersyukur kerana diberikan kegembiraan itu?


Kita juga ujian kepada diri kita sendiri. Bagaimana? Fikiran, hati dan tingkah laku. Bukankah musuh terbesar kita adalah diri sendiri?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...